Wednesday, February 24, 2010

STPM 2009

Debaran menerima keputusan STPM 2009...

Hari ini keputusan dikeluarkan...TAHNIAH kepada semua yang memperolehi kejayaan yang cemerlang!!

Tuesday, September 8, 2009

Paper 2 Pangajian Am will start on Friday...Gd luck my SMKBKK students!

Wednesday, September 2, 2009

Esok...Jumaat, bermula Excel 2 STPM bg semua pelajar SMKBKK..Good Luck everyone!

Sunday, August 23, 2009

TARIKH PEPERIKSAAN EXCEL 2 SMKBKK

4 sehingga 15 September 2009

Laman web yang boleh dirujuk

Sebagai latih-tubi dan persediaan menjawab soalan...para pelajar juga boleh rujuk laman web berikut:
soalan ramalan stpm — WordPress.com Search
PMR, SPM and STPM Exam Tips 2007 - Malaysia Students Blog

dan nanti cikgu akan tambah dari masa ke semasa...

CONTOH KARANGAN LARAS SASTERA

CONTOH KARANGAN 1

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum namun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu. Inilah yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.

Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun.

Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan stabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita setanding dengan negara-negara maju di dunia.

Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang efisien perlu dijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum.

Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah hasil daripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagi usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomi mengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan dari segi ekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contoh kepada negara jiran iaitu Indonesia.

Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup .

KARANGAN MODEL 2

Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka pelbagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.



PANDUAN:

Tulisan yang digaris = ISI, italic = Huraian + Contoh, Bold = Contoh/Fakta/Bukti.






Saturday, August 22, 2009

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Pelajar 6 Rendah SMKBKK baru je selesai menjalani ujian selaras. Kali pertama menjawab soalan P.Am 2 rasanya banyak perkara cikgu kena tegur...sama ada pelajar bersedia atau tidak, hakikatnya peperiksaan STPM adalah target anda semua.. Jadi nak tunggu bila lagi, kalau tak dari sekarang anda kena mengumpul sebanyak mana maklumat dan meningkatkan kemahiran yang dipelajari. Yang paling penting..anda tahu 'priority' terhadap apa yang anda lakukan. Jangan buang masa!

Kepada pelajar 6 Atas pula, dah tiba ke penghujungnya...beberapa bulan lagi peperiksaan sebenar akan tiba. Minggu depan peperiksaan Excel 2. Penentuan kejayaan anda terletak pada usaha anda. Jadi...teruskan dan jangan berserah pada takdir semata-mata. Cikgu yakin anda semua boleh berjaya...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

Jika ada masalah mari kita kongsi bersama dan mungkin beberapa tips dan nasihat di blog cikgu ini yang boleh anda manfaatkan..